*THUMP THUMP*

Assalamualaikum :)
Nak cerita pasal diet ? Tidak . Cuma nak meluahkan sedikit rasa gemuruh . Kenapa gemuruh ? Begini . Sejak dari dua minggu lepas lagi ada banyak rumours pasal tarikh result SPM keluar . Sape tak nervous wehh result kott . Mengikut tarikh yang ada dalam takwim KPM , tarikh keluar result SPM sepatutnya 21 Mac 2019 . Lepas tu tak tau la dari mana datang banyak khabar angin yang result akan keluar 14 Mac . Aku ni bukan sejenis yang cepat percaya pada rumours ni . Dalam Twitter la kecoh , sampai trending lagi sekali #SPM2018 . Aku pun actually rasa sedikit tak sabar la jugak nak dapat result , jadi memang hari-hari aku scroll Twitter #SPM2018 tu . Nak tengok karenah budak-budak batch SPM aku ni . Aku masih berpegang pada tarikh 21/3 tu . 
Semakin demi semakin , bertambah serius pulak pasal tarikh result SPM ni . Aku pun mula-mula tak faham , tarikh result je pun kan . Tunggu je la KPM umumkan . Lepas tu aku mula lah sedar dan faham , ada budak-budak asrama yang tinggal jauh dari sekolah , diorang kena ada perancangan awal . Nak suruh ibu-bapa mintak cuti la untuk bawak diorang pergi sekolah atau nak tempah tiket bas/flight/keretapi la . Selain tu , ada jugak budak-budak yang ada anxiety disorder ni , mahu tak runsing budak tu karang dengan tarikh yang masih berteka-teki . Aku juga ada baca yang KPM akan umumkan tarikh seminggu sebelum result SPM keluar . 
Jadi , aku hanya tunggu je la masih yakin dengan tarikh 21/3 . Sambil isi UPUOnline , mencari-cari courses yang sesuai dengan minat dan kemampuan . Satu hari , aku tengok la berita sambil tunggu cerita Leftenan Zana . KPM pula umumkan tarikh result STPM , 11 Mac 2019 . Kemudian aku pulak yang runsing balik . Bila tarikh result SPM nak keluar ni . Aku pun bukak la Twitter , ada pulak yang kata tarikh result SPM keluar 11 Mac , memang aku tak percaya la . Dah tadi aku tengok berita yang tu STPM punya tarikh . Aku pun geleng la kepala tengok karenah diorang ni haa . Dari situ , keluar la konspirasi dan teori sendiri pasal tarikh result SPM ni . 
Aku baca kat Twitter , tarikh result SPM dengan STPM biasanya tak lari jauh , selang beberapa hari je kalau mengikut tahun-tahun yang sebelum ni . Jadi , ramai dah yakin result keluar 14/3 sampai buat poll dekat Twitter mostly vote tarikh ni . Aku agak bersetuju tapi aku masih memihak kepada tarikh 21/3 . Sebab apa ? Aku tengok takwim . Result STPM dalam takwim memang 11 Mac . Yang STPM ni memang betul tepat dengan takwim . Jadi , aku percaya bulat-bulat pada takwim . Aku buat andaian yang mungkin tahun ni lain sikit kot , kerajaan baru kan . 
Hari Rabu baru-baru ni . masa aku tengah masak ada WhatsApp message masuk , ibu aku forward gambar . Gambar nampak macam kenyataan yang selalu KPM buat . Ahhh ni mesti tarikh result dah keluar . Alangkah terkejut beruknya aku tengok tarikh result SPM memang betul-betul 14/3 !!!! HAHAHAHA . Aku bukak juga WhatsApp nak tengok status , semua post pasal tarikh result ! Aku dapat tahu dalam pukul 1 lebih . Yang lain aku nampak pukul 12 lebih dah tahu dah . Bayangkan , dari 2 minggu nak tunggu result ke seminggu terus ! MINDBLOWN . TERKEDU . WEHHHH NAK DEKAT DAH . Esoknya dah la nak pergi Hari Sukan Sekolah . Minggu depan pergi lagi sekolah nak ambik result . KAH KAH KAH . Memang tak boleh dipercayai betul keyakinan aku tu . 
Apa-apa pun , aku berharap sangat yang result aku mampu membuatkan ibu ayah aku happy sangat-sangat . Aku nak kawan-kawan aku berjaya jugak . Aku nak diorang happy ambik result nanti . The time's ticking , 5 days left . Ya Allah , kau kurniakan lah aku dan rakan-rakanku kejayaan di dunia dan di akhirat . Semoga masa depan kami cerah dan berjalan lancar . InsyaAllah :) Amin... 

No comments:

Post a Comment