Salam Kenalan



Assalamualaikum :)

tak tahu pulak cara nak mulakan blog ni hahahaah . untuk entry yang pertama aku ni , aku just nak bagi kata alu-aluan saja walaupun takde sapa baca 😂


actually , aku sebenarnya bukan baru lagi dgn dunia blogger ni . aku sebenarnya pernah ada blog tapi aku dah stop sebab passion aku terhadap penulisan ni dah hilang maybe sebab gadjet dan teknologi masa tu tgh berkembang jadi aku jarang guna laptop . rasanya masa tu around 5-6 years ago . boleh bayang tak umur aku ? ok sekarang ni aku 16 tahun . 2012 ? darjah 5 kot hahahahaha


ya , betul time aku darjah 5 . masa tu aku banyak ilmu pasal blog ni . cara edit , hias buat header semua aku boleh buat . cuma aku tak kreatif je hoho . dari zaman aku bayar suruh orang edit blog , guna blogskin , denim template haaaaa semua tu la . alahai dah besar panjang dah budak ni kan . sekarang aku habis lupa ilmu aku tu . aduh ruginya . tapi takpe aku akan asah balik bakat yg aku ada dulu tu . kalau aku boleh ingat , followers aku paling banyak ada 98 macam tu  . boleh dibanggakan juga sebab masa tu gigih nak cari follower walaupun isi blog banyak copy paste 😜 budak budak lagi kena la faham kan hehe . kalau aku boleh tengok balik blog lama aku tu , malu tahap gaban karang kenapa aku dungu dan noob sangat  masa tu mesti takleh blah haha . (aku try nak buat lawak tapi macam tak jadi je )


ok rasanya cukup setakat ni je la bagi first entri aku . blog ni pun aku tak hias ape lagi masih guna basic template punya . lepas ni aku buat cantik cantik lagi nanti datang jenguk la ye semua . dan aku berharap blog ni boleh mendatangkan manfaat dan juga rezeki kepada aku kelak (amin) . aku akan cuba kongsikan kehidupan aku yang bosan ni sekerap yang mungkin . blog ni insyaallah akan penuh dgn kehidupan , tips dan segala kenangan pahit dan manis aku yang akan kongsikan dgn semua . aku akan cuba untuk jadi seorang blogger yg penuh dedikasi ecehh bukan macam aku darjah 5 dulu hahahah😂

                            
okay sekian terima kasih

aloha