The Things I Just Knew When Sitting For SPM

Assalamualaikum :)
Harini aku nak cerita sikit perkara-perkara simple yang sebelum ni aku tak tahu masa duduki SPM baru-baru ni . Aku pada mulanya jakun juga sebab first time kan . Hahahh pada adik-adik yang tak nak jakun sangat masa nak ambil SPM nanti , teruskan membaca entri ini ^^
1. BUKU JAWAPAN
Masa hari pertama masuk dewan , exam haritu merupakan Bahasa Melayu Kertas 1 yang fokus pada karangan . Jadi , bila aku sampai dekat meja aku , ada satu buku warna seakan-akan coklat atas meja . Bila dah duduk , curious la sikit sebab tak pernah tengok . Aku selak senyap-senyap buku tu tengok dalam ada apa , rupanya helaian testpad je hahahah . Untuk kertas yang perlu buat karangan atau pun jawapannya kena tulis dalam testpad (macam BM Kertas 2) , mereka akan sediakan buku jawapan . Kat muka surat depan buku tu , ada ruang utk tulis nama , no. IC , angka giliran & kod kertas bagi subjek yang kita duduki tu .  Bagi yang kertas yang kena guna testpad sikit-sikit je , mereka bagi helaian tambahan . Bendanya sama je , testpad macam dalam buku jawapan tu tapi dia bagi 2-3 helai je . Kalau tak cukup boleh mintak lagi , jangan risau . Tapi , kita sebenarnya tak boleh bawak balik helaian tambahan , walaupun kita tak guna lagi atau sudah berconteng . Conteng tak conteng memang kena pulang balik . Takut dikhuatiri akan ada orang yang panjang akal , digunanya utk bawak balik masuk dewan untuk meniru (mungkin dia salin nota dalam tu , esok senyap2 bawa dan tiru) .

2. JANGAN DUDUK SEBELUM DIBERITAHU
Semasa aku masuk dalam dewan peperiksaan , aku terus duduk kat kerusi aku . Walaupun ada orang lain yang masih belum sampai kat tempat mereka . Bukan aku seorang je , yang lain pun sama . Biasalah kan , hari pertama tak tahu apa . Lepastu , ketua pengawas peperiksaan kata , Semua calon dikehendaki berdiri dahulu setelah masuk ke dalam dewan" . Semua kelam kabut bangun hahahaha . Pengawas akan cakap sikit-sikit , suruh kita check ada tak bawak barang terlarang . Selesai , baru diizinkan untuk duduk . Tapi itulah , walaupun perkara ni nampak simple , perkara macam ni latih diri kita untuk lebih jaga adab dan kelakuan . Lagi-lagi sewaktu peperiksaan awam .

3. CERAIKAN SOALAN 
Perkara ni paling best waktu SPM . Sebab sebelum ni tak pernah buat pun . Ceraikan soalan ni bermaksud contohnya macam Sejarah Kertas 2 , kan ada dua bahagian , satu bahagian jawapannya ditulis dalam kertas soalan (soalan struktur) dan bahagian lain kena tulis dalam helaian tambahan . Jadi , soalan bagi bahagian kedua tu kita boleh bawak balik . Kertas tu dah sediakan satu garisan(?) (macam tisu tandas gulung tu) untuk kita koyakkan . Jakun jugak la sebab masa kita koyakkan tu , ada bunyi yang oddly satisfying . Serius excited je bila tiba masa untuk ceraikan setiap helaian soalan tu . BONUS ! Untuk calon Biologi Kertas 3 tahun 2018 , mereka sediakan pembaris kertas ! Kaedah dia sama jugak kena ceraikan , lepastu guna lah macam pembaris biasa . Yang ini semua memang jakun sikit . Mana pernah disediakan pembaris kertas macam tu .

4. CALON KHAS BOLEH MINTA MASA LEBIH
Perkara ni terjadi pada classmate aku , sebab dia ada sakit saraf . Jadi dia diasingkan dari kami , menjawab dalam bilik khas (dekat sekolah kami , bilik tu sebelah dewan je) . Rasanya setiap kali dia tak dapat jawab ikut masa yang ditetapkan , dia minta masa lebih 10 minit macam tu . Kelebihan bagi dia . Tapi yang kurangnya , dia ada sikit je masa break untuk kertas seterusnya . Larat betul dia duduk lama-lama dalam bilik tu sorang-sorang hahahah .

5. HELAIAN TAMBAHAN DAN BUKU JAWAPAN DIIKAT 
Rasanya perkara ni biasa la kot sebab masa UPSR dulu ada buat juga , masa percubaan pun akan praktikkan cara ni . Macam biasa , pengawas akan edarkan tali pada setiap calon kemudian bila dah selesai menjawab , ikat mati kertas-kertas yang dah disusun mengikut nombor soalan tu (kertas tu dah ditebuk) . Kadang-kadang bergetar jugak tangan bila nak ikat kalau kita baru selesai menjawab last minute . Takpe , pengawas tu akan tunggu . (Pengawas aku dulu siap cakap ,"relaks , relaks bertenang") Hahahahah .

Ok rasanya ini je la yang aku dapat kongsikan . Harap kurang la sikit perasaan jakun korang semua nanti bila ambil SPM . Tak salah rasa jakun tu sebab kita tak pernah lalui perkara tu sebelum ni , first time kan . Buat calon-calon SPM tahun 2019 dan ke atas , good luck ! Buat yang terbaik , jangan bincang jawapan lepas habis menjawab, lupakan silap yang dilakukan dan tenangkan fikiran setiap kali nak masuk dewan . Fighting , you can do it !
Checklist SPM :
  • Bawa IC /Kad Pengenalan Sendiri Setiap Kali Masuk Dewan . Kalau tertinggal , cepat-cepat jumpa Setiausaha SPM sekolah anda atau guru bertugas SPM 
  • Bawa juga slip peperiksaan , kat situ ada jadual peperiksaan (mesti peka , start pukul berapa , habis pukul berapa)
  • Bawa alat tulis yang bersesuaian . Jangan time essay kau bawak kalkulator pulak . Jangan bawak banyak sangat masuk dewan , nanti serabut dan semak
  • Sarapan dahulu waktu pagi supaya rasa bersemangat sikit nak jawab exam . Nak elakkan sakit perut atau tiba-tiba sakit nanti . 
  • JANGAN SESEKALI MENIRU . Sebab kesan dia akan merugikan masa awak dan memberi kesan pada masa depan awak . 

My Experience ; SPM 2018

Assalamualaikum :)
Seperti tajuk di atas , ya akhirnya aku bukan seorang pelajar sekolah lagi . Cepat juga ya masa berlalu . Dah sebulan lebih since my last paper , Chemistry . Honestly , menjadi seorang penganggur sambil bergoyang kaki di rumah ni bukannya best mana , sangatlah bosan . Aktiviti pun bukannya banyak . Selalunya orang lepas habis SPM ni mesti dah buat macam-macam perancangan dah . Contohnya macam nak ambil lesen memandu , nak kerja part-time la , nak binge-watching korean dramas la ape la . Satu ape pun aku tak buat hahaha . Nak ambil lesen , financial tak berapa mengizinkan , nak kerja part-time pulak orang tak nak ambik . Drama ? takde interest pulak tiba-tiba . Tengok la nanti bila dah sambung belajar mula la menyesal tak tengok itu ini . Apa je aku buat ? Jadi surirumah part-time je lah . Setiap hari kena masak utk adik-adik yg sekolah ni haa , at least berguna jugak . Sebelum ni tak reti masak pun haha .

Ok hari ni kita nak cerita pasal pengalaman aku ambik SPM hahah . It's a once in a lifetime , apa salahnya kita kongsi pengalaman kita kan ? Jadi , SPM 2018 ni mula pada tarikh 13 November dan tamat 13 Disember . Tapi , aku tamat awal sikit , 5 Disember sebab ambik science stream . Sehari sebelum hari pertama SPM , aku tak rasa nervous pun haha . Tak tahu la kenapa , mungkin sebab kertas BM je kot . Ehhh kertas BM pun bukannya senang jugak . Tapi alhamdulillah Allah permudahkan , sebelum ni karangan mesti tertinggal satu perenggan , tapi kali ni sempat buat full . Kertas BM ni aku hanya struggle dengan masa je . Kertas BI pun rasanya okay , rasa tak puas hati pun minimum juga . Kertas yang paling sakit hati jatuh kepada MATHS ! Serius weh , masa jawab Kertas 1 aku tak cukup masa , dengan soalan yg ayatnya panjang lebar , berbelit lagi haaa . Mungkin orang lain takde masalah , sebagai seorang pelajar yg lemah Maths ni aku akui sangat susah ! Kertas 2 ni dia main dengan fikiran kita , ada ke patut si Nancy tu lelaki , siapa yg careless macam aku memang hilang markah la .

me after BI paper ...

Minggu kedua ada tiga subjek , Sejarah , Tasawwur Islam dan Pendidikan Islam . Kertas 2 Sejarah memang menguji kesabaran aku , penat-penat je baca topik-topik "popular" , satu ape pun tak keluar . Sejarah ni memang kes tak baca je lah . Sadisssss betull . Tasawwur Islam , boleh la . Yang kelakarnya , dua orang je ambil Tasawwur . Kesian betul dekat pengawas SPM + guru bertugas , sebab kami berdua la diorang kena balik lambat . Mintak ampunn bebanyak . Pend. Islam pulak struggle nak baca bab Sirah , masuk dewan dengan apa yg sempat sumbat je la . Lepastu keluar pulak soalan yg memang aku dah terer . Haihh baik baca je apa yg aku dah tau tu . Macam-macamm

Minggu ketiga memang stressful . Sebabnya giliran matapelajaran favourite semua orang , tak lain tak bukan Matematik Tambahan . Aku tak tau nak kata apa , sebab aku pun tak tau apa yg aku buat selama 4 jam 30 minit keseluruhannya dalam dewan tu . Even ada yang nangis semua , aku tak terkesan pun . Mungkin sebab Maths pun tak suka aku ni . Tak serasi betul kami ni ish ish . The next day was Physics turn ! Sejujurnya takut jugak la , takut soalan susah , takut tak dapat jawab sebab chapter-chapter Form 5 aku tak mahir sangat . Namun , aku pelik juga dengan soalan yang keluar tahun ni , saja bagi senang ke saja nak naikkan gred . Walaupun aku gembira aku boleh jawab most of the questions tapi hati aku tak tenang bila memikirkan gred akan naik atau tidak .

Ok for the last week , we had only Biology and Chemistry left . Aku pun takut dengan Biologi ni sebab topik dia sangatlah luas sampai tak tau nak baca apa as it is also one of my killer subject . Aku pun denga redhanya baca ikut topik-topik spot . Alhamdulillah , boleh jawab banyak soalan , tak ada tinggal pun . Sebelum ni , paper Bio & Chemist mesti ada yg tinggal kat bahagian esei sebabnya masa tak cukup . Kalini semua isi penuh , syukur . For Chemistry , it's quiet stressful for me . Not because of the questions , there were some issue , I couldn't  really focus 100% . Aku paksa juga diri aku utk kawal perasaan dan mood aku masa tu . Kalini memang aku menangis . Alhamdulillah juga , berjaya atasi masalah tu , cuma terkilan tak dapat jawab perfectly . Takpelah , asalkan ada jawapan .

And guess what ? It's a wrap ! Fuhhh such a hectic month . Dengan kelas tambahan , balik lambat , bersengkang mata utk study . Sudah tamat fasa tu . Kita tunggu result je , harap semuanya baik-baik saja . Aminn :) Harap-haraplah resultnya memuaskan aku , cukup untuk aku mohon tempat dan aliran yg sesuai dengan aku . Cepat sangat masa berlalu . Lepas habis je kertas yg terakhir , kami salam semua pengawas peperiksaan . Hilang bebanan yg berat tu . Kemudian , untuk buat kali yg terakhirnya kami bergambar dulu sebelum balik . Yelah kan , hari terakhir pakai baju sekolah . Rugi kalau balik macam tu je .

farewell SMK Methodist :')

with the girls of my class ^^
School is finished . It was up and downs . Lepas ni semua membawa haluan masing-masing . Thank you for the memories , thank you for the experiences , thank you for the challenges , thank you for everything . Thank you , next .

About Me


A little bit about myself ;
My name is Nur Aqeela Azzahra . Prefer known as Aqeela/Kyla (but people naturally calls me Qeela ) . I am bitter sour sweet 18 (turning 19 on June 2020)  . A left-handed and an infj . Sometimes , I like to be alone , it's more peaceful . 
Interest ;
I like to read , cook , daydream and dance (in private ofc) . A multi kpop stan ; NCT , X1 , H&D , TXT and LOONA . Read wattpad and watching kdramas , movies and dance videos . Obsessed with cats , milo , blue colour and ... Lee Hangyul :P
Dislike ;
Literally frog , rude people , someone with zero common sense , ignorant and has a lot of excuses . (+ solving maths problems ><) im just too bad in maths . 
What I Do ;
Full-time college student , Biology notes memorizer , still struggling with Maths . Part-time blogger . Started blogging to write about my journey in life , to save the memories with my loved ones and to share my experiences (+useful tips) with people .