Tahun Baru yang Mencabar , 2018

Assalamualaikum :)
akhirnya dapat jugaklah aku update blog yang dah lama berhabuk ni haa . Nak dekat 4 bulan aku tak sentuh blog ni . nak katakan busy , sikitlah memandangkan sekarang aku dah masuk form 5 ! hari ni sebenarnya hari persekolahan dan exam awal tahun tapi aku tak berapa nak sihat sejak semalam lagi . demam dan sakit tekak . semoga aku cepat sihat , tak boleh lama-lama sakit ni , tahun ni amat penting bagi aku .
nak cerita tentang progressions aku tahun ni , agak sedikit lambat juga sebabnya aku masih tak dapat motivated untuk belajar buat awal 3 bulan ni . tak apa , aku sekarang dah tekad lepas selesai je hari sukan sekolah , aku akan fokus 100% terhadap SPM . bulan 2 haritu , sekolah ada anjurkan hari penetapan target SPM dan mengikut sistem tu , mereka target aku untuk dapat 7A . dan sebenarnya , aku nak target lebih daripada tu . 8A pun cukup lah . aku tak mintak banyak just result aku tu boleh offer aku kat banyak tempat nanti untuk sambung belajar . main choice aku sekarang ialah masuk matrik , lain-lain pilihan mungkin ke ipg atau diploma . 
baiklah , setakat ni je la untuk entry kali ni . nak cakap panjang-panjang lebar malas pulak nak taip . ini pun just ambik sedikit je masa untuk update sikit2 blog ni . sekadar beritahu khabar aje lah . insyaallah kalau aku rajin , akan aku cuba update blog ni setiap bulan . bye !