Memories : Terengganu 2017 part 1

Assalamualaikum :)
kembali lagi saya untuk meng-update entri yang seterusnya ! ok seminggu selepas kem unit beruniform , sekolah buat lawatan ke Terengganu pula ! memang tuah menyebelahi batch kami sangat sebab tahun lepas tak banyak pun aktiviti macam ni dianjurkan . sebenarnya ustaz dah rancang lawatan ni dari bulan Mac lagi . ustaz mention yang nak rancang buat lawatan dalam kelas waktu Pendidikan Islam tapi kami buat tak tau je la sebab kami ingat ustaz hanya 'rancang' saja . tup tup bulan September surat lawatan ke Terengganu dah sampai kat tangan kami . apa lagi , berebut la nak tulis nama dalam senarai yang sertai lawatan tu walaupun tak minta confirmation dari mak ayah lagi . aku pun tulis juga sebab selalunya ibu ayah memang bagi join lawatan sekolah . 
balik sekolah terus tanya . ibu ayah tak kata apa-apa pun . sekadar mengangguk je , macam nak tak nak je nampak nya . jadi aku biarkan je la bagi mereka masa dulu . demi nak pergi lawatan tu juga , aku tak bagitahu pun seminggu sebelum lawatan tu ada kem . duit kem juga aku sanggup bayar sendiri . lawatan punya pasal . dan jawapan yang aku dapat menghampakan . ibu tak bagi pergi sebab minggu tu juga ibu nak pergi Sabah , hujung tahun pula nak pergi Johor sebab ada kenduri kahwin sepupu . memang merajuk la juga . kawan yang lain SEMUA pergi . dalam menyembuhkan hati yang lara ni , aku cuba la fikir positif . hari mereka pergi Terengganu tu boleh aku habiskan dengan ulangkaji sebab lepas cuti sekolah tu exam akhir tahun dah mula . namun tak menjadi juga . merajuk juga sehingga hari kedua sebelum mereka bertolak ke Terengganu . aku masih dalam kereta nak pergi sekolah , lepas tu ibu tanya "yang pergi Terengganu tu dah penuh ke" . aku pun jawab la "ada lagi 2 tempat kosong" . sebelum turun kereta ibu bagitahu , "cakap dekat cikgu esok bayar" . apa lagi , tersenyum lebar la aku ! ya Allah akhirnya . Terima Kasih Ibu <3 
ok , now kita mulakan pengembaraan ke Terengganu ! 
kami bertolak pagi dalam pukul 8 lebih . memang kerjanya duduk dalam bas saja la . nasib aku bawa tab yang ada 3 movie dalamnya ! dapat la tengok setengah daripada The Conjuring 2 dalam bas . selebihnya tidur saja . our first stop was at R&R Gerik . berhenti kat sini sekadar untuk makan pagi dan pergi tandas . lepas tu teruskan kami teruskan perjalanan .
tangkap gambar kucing dekat R&R Gerik hahaha ^^
pukul 1 lebih , turun solat Jamak Zohor dan Asar dekat masjid di Kelantan , tak pasti pula apa nama tempatnya . sekejap sahaja dan teruskan perjalanan ke Besut , Terengganu . sampai di sana pada pukul 4 lebih . 

kami berhenti di Damai Beach Resort , Besut untuk makan tengahari . dan ustaz beritahu ini tempat ayah ustaz ! hahahaha makanannya sedap sedap juga sebab ada lauk feveret ! dah nama pun resort , mesti ada pantai berdekatan ! lepas makan , berpusu-pusu kami ke pantai untuk bergambar .

spot ni memang cantik sangat , pokok nya tersusun sebaris , lighting pun nice
buat photoshoot kt sini serius lawa 

"weh macam goblin kan" , kata Aqeela kepada rakan-rakannya tak habis-habis

wefieeee bcs we're really happy 

the only completed group pic in Terengganu TT

selepas puas bergambar , kami teruskan lagi perjalanan ke Kuala Terengganu pula yang mengambil masa 2 jam dari Besut . dalam bas menyembang saja la . tak singgah mana-mana pun selepas tu . lebih kurang pukul 8:30 baru sampai di homestay . malam tu , kami makan kemudian kerjanya tunggu turn untuk mandi hampir 3 jam ! sebab kami perempuan 22 orang tapi bilik mandinya ada satu sahaja haha >< sementara tunggu turn tu , menyembang la kerjanya . lepas semuanya mandi , kami main mafia game . memang best bebenor malam tu ! penuh gelak tawa dan keseronokan namun terhenti pada pukul 3 pagi . masa untuk tidur pula hehe
ok la setakat ni untuk first day di Terengganu . akan aku sambung part 2 bila aku ada masa nanti .
sekian ,
terima kasih kerana membaca entri ini ^^ 
bye bye ~

Memories : Kem Unit Beruniform 2017

Assalamualaikum and hello :)
harini barulah berkesempatan nak update new entry lagi haha . dah dekat 3 bulan lebih aku biarkan blog ni sunyi sepi huhu . okay right now , im finally here baack ! MISS ME ? (akak buat lawak eaa baru sorang follower TT) 
selama 3 bulan lebih tanpa khabar ni , banyak juga la aktiviti yang aku jalani . dan banyak jugaklah MEMORI YANG TERCIPTA ! serius cakap , dua bulan yang lepas ni ialah THE  HIGHLIGHT OF MY  2017 !  kenapa ye ? haha meh sini nak citer . bulan oktober haritu , tak silap dalam 6-8 haribulan , aku telah sertai satu kem unit beruniform peringkat sekolah di Hutan Lipur Ulu Kenas , Kuala Kangsar . banyak juga lah aktiviti yang ada . nak dijadikan cerita , sampai sampai je kat sana , first aktiviti dah buat rasa macam nak balik hahahahah . mana tak nya , pergi dengan baju , seluar dan kasut yang serba bersih , sesampai je dah kena buat jungle tracking ! masa jungle tracking tu okay je lagi jatuh dan rasa penat sikit , yang buat rasa nak baliknya kaki penuh kena naik pacat eeee . ya Allah tak boleh bayang betapa gelinya aku waktu tu ! dan aku tunjuk perangai dan perwatakan aku sebenarnya masa tu . iya lah kan dah kena naik pacat sampai dalam seluar takkan nak buat lek je kan . tapi orang lain relaks je aku je lebih lebih ni hehe . terima kasih la kepada kekawan , adik-adik yang tolong cabut pacat tu . minta maaf jugak sebab akak memang takleh duduk diam masa suruh cabut hahahaha . mari aku selitkan sedikit gambar semasa di kem yaaa ...

 first night . ini aktiviti ice-breaking . macam2 juga la idea yang keluar dari ros-ros berduri ni .memang enjoy malam ni . kena lukis logo , main belalang belatuk dan lain2 lagi la .

ini masa pertandingan memasak ! actually nama je semua perempuan , tapi hasilnya tak nampak macam perempuan buat pun hahahahahaha

malam kesenian ! temanya ialah tarian moden tradisional . jadi kami persembahkan tarian canggung dan bangbangbang ! serius , nak practice bukan senang , banyak sangat dugaan . tapi alhamdulillah , persembahan okay dan cacat cela minimum saja hehe

selepas persembahan ! hahaha finally masa ni cikgu kami datang . apa lagi , time for group photo !memang smart dan segak gila pakai baju melayu haha .

okehh masa ni dah dapat phone . bergambo je la kerja nya !! hahahahaha with cikgu hawari . hamper tu acah je padahal nak umumkan pemenang besok hari hehe

dah sampai hari last :( waktu pagi ni memang free , jadi cikgu bagi jenjalan tangkap gambar . tapi tu la berapa kerat je bawak phone hahah . dengan menggunakan phone siti , ini lah antara hasilnya .memang kat jambatan ni je la sebab spot sini paling lawa . cikgu suruh hantar kerusi ke dewan ,sempat lagi bergambo dengan nya ye hahahaha 

and finally it's a wrap ! alhamdulillah semuanya berjalan lancar . kami menang tempat kedua dalam pertandingan menari dan geng kami ayu dapat peserta perempuan terbaik ! congratss semuaaaa :)   

sebelum naik bas , gambar last untuk kenang-kenangan  :) 

yeahh , inilah satu kenangan yang paling aku tak boleh lupakan . kenapa ? pertama , aku rasa terharu sangat bila semua bagi kerjasama . tak kira lah masa practice menari , yang bawa alat-alat untuk memasak dan patuh kata arahan dengan sebaiknya , tanpa bantahan atau rungutan (ade la sikit sebenarnya tapi hehehe) . kedua pula , aku dapat rasa hubungan sahabat sepanjang kem ni memang close and strong , tak kira junior atau senior . ada je gelak tawa biarpun lawaknya tak masuk akal sangat , di saat genting apabila apa yang dimasak tiba-tiba berputar 360 darjah daripada resepi yang sebenar , apa yang dirancang . namun berjaya juga mencipta satu masakan atau kuih yang boleh diterima akal ! biarpun kelam kabut , sedap juga hahaha . juga waktu dimana ketidakadilan berlaku , memang crack sangat hati dan bersama-sama menangis sebab cikgu kami tak datang-datang lagi ! masa tu , nasib baiklah ada seorang insan yang datang untuk menenangkan kami hehe . lega lah sikit hati tisu kami ni . memang sweet memories bagi aku . kem ni juga kem yang paling best sebab first time aku pergi sertai kem yang luar kawasan sekolah , dapat teroka tempat baru yang sebelum ni tak pernah tahu pun . apatah lagi bersama kawan-kawan tercinta . ini juga mungkin kem terakhir bagi aku di sekolah menengah sebab tahun depan memang busy terutamanya bila nak SPM kan ? nasihat aku pada yang masih awal remaja ni , join la kem atau aktiviti sekolah , kita sebenarnya tak sedar yang kita sedang mencipta memori , kita fikir kita sedang berseronok saja :) take the opportunities and creates a bunch of memories with your friends ! 

next entry pula aku akan kongsikan aktiviti yang seterusnya pula ya . 
sampai di sini saja la .
sekian terima kasih :)

An Update Finally !

Assalamualaikum :)
wah akhirnya selepas hampir 3 bulan tak update blog ni , finally im back ! lately ni memang busy sikit , yelahh dengan banyak sangat aktiviti sekolah anjur , nak guna laptop pun kena tunggu turn . ni pun baru dua minggu lepas selesai exam akhir tahun . result ? alhamdulillah better than the previous one . tak apa naik sikit-sikit kan ? hahahh guess what it's November dan lagi seminggu je lagi nak tamat sesi persekolahan bagi tahun 2017 ! memang cepat sangat masa berlalu , rasa macam baru je masuk form 4 . tup tap next two months dah masuk form 5 dan it's finally my turn for SPM ! 

2018 . pasti tahun yang bersejarah . sebenarnya , aku dah tetapkan beberapa goals untuk aku capai bagi tahun 2018 . bagi calon SPM , semestinya result exam adalah salah satu daripada goal-nya . dan sebahagian lagi adalah daripada goals yang tak tercapai bagi tahun ni 😅 ya lah , cuba selagi boleh dan sementara masa meingizinkan . untuk memastikan journey aku pada tahun depan berjalan lancar , aku ingat nak beli planner . planner ni banyak cuma aku ni cerewet sikit , nak comel la , tebal sikit la hahaha . dan ini antara planner yang aku berkenan sangat hehe



yes ! sebenarnya ada banyak lagi hehe . teringin , tapi duit dah melayang dekat benda lain huhu . takpe takpe lagi seminggu ni boleh kumpul . jadilah , dapat yang murah pun ok asalkan comel dan worth it yey . 

ok jadilah panjang ni sekadar untuk update blog ni yang berhabuk tak tersentuh ni . sebelum habis tahun 2017 , aku cuba untuk update tentang what i had done these past three months ni . cuba untuk kongsikan dalam blog ni . ok this is it and see ya later with the next entry !

bye !