Setahun , Masih Sama


Assalamualaikum :)
akhirnya sedar juga aku ye untuk update blog ni . nak kata busy , nama je busy .  kerja yang menyebabkan aku busy tu langsung tak sentuh pun . hai apa nak jadilah dengan kau ni Aqeela . 
saje je nak update sebenarnya , post sebelum entry ini pun baru di'publish'kan kejap tadi hahah . bukan namanya Aqeela Azzahra kalau tak habiskan kerja serta-merta . 
memandangkan sekarang dah bulan Ogos , ini bermakna blog aku ni dah berumur setahun . dalam masa setahun ni , pengisiannya masih sikit . aku memang berniat untuk banyakkan lagi pengisian tapi itulah , kekangan masa yang menjadi masalah . lagi-lagi peperiksaan SPM yang berbaki 74 hari lagi ni . sekarang pun masih dalam trial week ni . baru selesai empat subjek , out of 10 hahahh . 
pastu malam ni pulak , ada final produce 48 hahah . aku layan la jugak episod awal-awal tu pastu bila tinggal dah tinggal 30 trainees , jadi bosan sebab banyak yang aku suka dah eliminated huaaa >< my pick ? awal-awalnya , tak minat sape pun . lepas tengok sikit-sikit cut kat instagram , minat Matsui Jurina tapi lepastu dia tarik diri huaaaa . lepas tu masa Group Battle , minat Heo Yunjin . lepas Position Evaluation , terminat Shiroma Miru , Koji Mako , Kim Choyeon banyak lagi lahh pastu banyak eliminated >< pastu minat Han Chowon hahahh . untuk final ni , takde sangat banyak yang aku expect , sebab tak minat sangat pun dengan diorang . kalau nak vote , 1 pick aku semestinya Han Chowon ! dan selebihnya tu mungkin deme dah masuk safe zone . jadi tak perlu over sangat hahahhh . ok-ok stop .
sejujurnya nak cakap , langsung tiada progression dari aku , untuk menjadi lebih rajin mengulangkaji . apalah aku buatkan dalam masa 8 bulan lepas ye *sambil senyum dgn senyuman yang pahit* . tetapi dalam masa trial ni , ada perubahan sedikit , alhamdulillah . tak tahulah kenapa , sejak berubah sedikit ke arah kebaikan , rasa hati ini jadi senang , fikiran jadi positif dan segala kerunsingan tu , dipermudahkan . mungkin Allah nak tunjuk kat aku , tak ada benda lain yang kau boleh cari untuk menyelesaikan sesuatu kebuntuan , melainkan mengadu dan minta pertolongan dari-Nya , Allah Yang Maha Esa . entah kenapa , sebak juga rasanya . sebelum ni diri tak pernah pun nak utamakanNya , sedangkan Dia lah tempat kita bergantung , dia pemberi rezeki dan segala nikmat , takkan kita dapat tanpa keizinanNya . Allahu .. :') 
dan aku berdoa semoga aku terus beristiqamah , dalam mengejar keredhaan dan ketaqwaan kepadaNya , untuk kebaikan aku baik di dunia dan di akhirat nanti . 
main problem ; maths addmaths dan selamanya berkaitan dengan matematik . ahhh aku pun pelik , susah betul aku nak menyukakan matapelajaran kira-kira ni . aku tahu , matematik ini sebenarnya tak susah tetapi aku tak tahu kenapa ada satu sudut dalam hati ni kalau sebut maths je , protest betul-betul , rasa benci tu sangat membuak-buak . apalah salah aku pada maths ni kan , entah-entah maths ni yang tak suka aku . semoga aku temui jalan untuk menyukai maths . 
entah kenapa , biologi pun susah nak masuk kepala . mungkin sebab kena hafal banyak sangat , jadi aku rasa beban . tak boleh nak buat apa la , kena redah juga .
aku rasa cukuplah , insyaallah . habis SPM nanti , aku akan cuba aktif dalam blog . semoga aku update balik hahahhh , ok babai !

Di kala Kebosanan Melanda

Assalamualaikum :)
sebenarnya sekarang aku tak tahu nak buat apa . dan aku bercadang untuk melawat blog blog yang berilmiah untuk menghilangkan sedikit kebosanan ni . hari ni Khamis , 10 Mei . dah masuk 3 hari dah aku cuti disebabkan Hari Malaysia Memilih yang berlaku semalam . aku bangun pagi ni , dengan debaran di hati sambil melayari media sosial pilihan , alhamdulillah , a better future is coming ahead for Malaysia . dan dari situ aku tahu yang aku tak perlu gosok baju untuk ke sekolah .
satu perkara lagi , aku lupa untuk bangun sahur tatkala bersengkang mata sehingga hendak masuk pukul 2 pagi  menunggu keputusan rasmi yang diumumkan pada pukul 4 lebih . ahh nasib aku tidur dulu . aku masih mempunyai 3 hari untuk diganti , dan aku pasti ramai mempersoalkan aku kerana Ramadhan akan tiba pada minggu hadapan . aku bukan paling lambat lagi ya , segelintir sahabat sahabat aku langsung tidak ganti . alasannya mereka amat sibuk dengan hal hal dan aktiviti di sekolah yang melelahkan , berbanding aku yang pasif ini namun tak habis juga ganti .
hahaha nampak sangat lah aku tengah bosan sekarang .