DIET ???

sis memang insecure gila dgn dik wonyoung ni TT kecik-kecik dah lawa
Assalamualaikum :)
Mari aku nak cerita sikit apa yg aku buat waktu menganggur ni sementara menunggu keputusan SPM yang tinggal lagi 3 minggu 3 hari ni . Boleh dikatakan setiap hari memang buat rutin yang sama . Bangun solat Subuh kemudian sambung tidur balik sampai pukul 10 . Makan breakfast macam biasa , kadang-kadang ibu dah siap buat , kadang-kadang kena eksperimen sendiri dgn bahan yg ada kat dapur . Ada kalanya ayah beli breakfast kat luar . Sambil breakfast tu tengok youtube sampai pukul 12 . Pukul 12 pulak start buat kerja suri rumah , lap pinggan , bagi clear dapur , sapu sampah dan memang setiap weekdays akan masak >< Nak buat camne dah ada dua adik yang akan balik sekolah cari makanan satgi . Habis masak tu , relaks dan bersantai sampai la waktu nak tidur . Ahhh kedengaran sangat bosan tapi itulah realiti benda aku buat hari-hari . Aku serius dah tak boleh tahan bosannya . Ini menunjukkan aku bukan seorang yang boleh survive duduk rumah saje . Even waktu sekolah dulu aku suka sangat duduk rumah , cuti dua minggu pun kalau boleh memang hari-hari nak duduk rumah . Tapi setelah 2 bulan lebih merasai bagaimana duduk rumah saje , aku ubah fikiran yang aku memang bukan jenis yang boleh duduk rumah HAHAH . Semoga hari mendapat keputusan SPM tu berjalan dengan pantas , boleh aku keluar rumah jumpa dan lepak dengan kawan-kawan . Dah tak larat nak duduk rumah dah (boleh pulak tak larat)
Dua minggu lepas , aku buat keputusan nak diet . SEBAB ? sebabnya memang aku sejak azali lagi memang gemuk dan tak pernah merasai apa ertinya kurus tu . KENAPA BARU SEKARANG ? hah korang mana pernah rasa memang dari kecik memang sejenis yang makan banyak , tiba-tiba nak makan sikit pulak . Perit jugak bunyinya . Pernah jugak cuba sebelum ni nak diet , tapi akhirnya gagal sebab tak dapat nak kawal nafsu . (lawak betul bunyinya) Paling lama aku pernah diet ialah selama 3 bulan . Dengan masa 3 bulan tu aku turun 5 kg . Serius masa tu tak sangka boleh turun sebanyak tu . Tapi malangnya naik balik , 2 kali ganda pulak tu . Alahaiii . 
Ceritanya macam ni , one day aku pergi sekolah nak tengok budak-budak junior training bola jaring . Lepas tu cikgu tegur yang aku dah nampak berisi sikit . Masa tu aku buat tak tau lagi . Balik rumah pulak , ayah pun cakap macam tu , sekali lagi aku buat tak endah . Balik kampung pun makcik aku cakap benda sama . Lepas tu aku beli baju baru , saiz yang biasa aku pakai , XL . Aku tak try dulu sebab aku memang tahu kalau XL mesti muat dengan aku . Dah beli , balik rumah aku try la , muat juga tapi ... dia lekap kat badan . Dari situ aku nampak yang aku mesti buat sesuatu untuk badan aku . Aku pun cuba timbang berat badan aku , keputusannya memang sampai terbeliak mata aku . Sebenarnya memang aku dah berhajat nak kuruskan badan lepas habis SPM , tapi itulah baru sekarang jumpa masa yang sesuai . 
Dalam masa dua minggu ni , aku fokus beberapa benda je dulu . Yang pertama , tak minum minuman manis dan bergula . Kedua , makan nasi/hidangan berat sehari sekali . Ketiga , kurangkan portion nasi dan makanan . Keempat , kurangkan makanan bergoreng . Kelima , minum air kosong 3 liter sehari . Alhamdulillah most of the days in this two weeks , I followed almost all . Kenapa aku buat macam ni ? berdasarkan pengalaman diet aku yang dulu , aku tak boleh konsisten sebab terus mulakan diet yang extreme . Jadi keinginan /craving aku naik mendadak . Sebab tu la diet aku gagal . Jadi untuk diet kali ni , aku cuba buat pelan-pelan untuk bagi badan aku terbiasa dengan rutin macam ni , baru aku buat step yang kedua yang lebih strict . 
Ada apa perubahan ? Perubahan dari segi gaya hidup , perut aku boleh terima untuk tak makan waktu malam berbanding sebelum ni , malam je mesti rasa nak makan jugak walaupun tak perlu . Kemudian , aku tak rasa craving pun nak minum manis (even ada cheat sikit) atau makan junk food . Aku makan waktu yang perlu aku makan je , takde dah masuk dapur je mesti nak mengunyah . Kalau pada fizikal pula , aku rasa pipi aku dah mula kecil sikit , sekali lagi SIKIT YE . Benda ni buat aku gembira sangat , walaupun sikit tapi dia tingkatkan motivasi aku untuk teruskan diet ni . 
Semoga aku terus istiqomah dan konsisten untuk diet la ye , sebab aku rasa inilah masanya untuk aku kurus , dah taknak dah gagal lagi . Memang perit sangat bila gagal , nanti berat badan mesti naik lagi . Sekarang punya berat badan pun dah agak kritikal , takkan nak biarkan je . Aku akan update lagi bila diet aku dah sampai sebulan ye . Kita sama-sama tengok perubahan pada aku . Insyaallah . FIGHTING AQEELA YOU CAN DO IT DONGIBAP !!!

Memories : Terengganu 2017 part 2

Assalamualaikum :)
ok sekarang mari kita teruskan dgn update Terengganu 2017 yang seterusnya ya :) 
hari kedua pula , aku set jam pukul 4:30 pagi untuk bangun keesokkan harinya , takut kalau bangun lambat nanti tunggu lama pula nak mandi macam malam yang sebelumnya tu . ya , aku bangun tepat pada masanya , takde sorang pun bangun lagi . jadi akulah orang pertama yang mandi pada pagi tu . lepas keluar bilik air baru la ada dua tiga orang yang dah bangun . masa banyak lagi pukul 8:30 pagi baru nak gerak . sempat la lelapkan mata sekejap sebelum solat Subuh . sambil tunggu yang lain mandi , makan je la keropok dan biskut yang dibawa dari rumah sambil berbual kosong dengan kawan-kawan . sampai la pukul 7 lebih , baru nak pakai tudung dan packing apa yang patut untuk ke lokasi seterusnya . selepas tu , makanan untuk sarapan pagi sampai . kami makan di homestay saja . nasi lemak lauk ikan (ikan apa tak ingat tapi rasa ikan tu macam sardin) dan air teh O' . SEDAP ! sebab aku memang suka makan ikan sardin , rasa ikan tu pulak macam sardin . memang berselera sangat makan . kemudian , kami bersiap-siap untuk naik bas , tapi yang lelaki-lelaki tu pula lambat -_- yang baru nak mandi pun ada . nak buat macam mana , tunggu saja la kat luar sambil ber'OOTD' .


lepas lelaki dah siap , kami teruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam pula . 





lepas ronda-ronda Taman Tamadun Islam , kami naik cruise pula kelilingi bandar Kuala Terengganu ! dekat sini la paling excited nak tangkap gambar , boleh acah-acah Titanic sikit walaupun pakai baju rasmi sekolah hahaha 

sebelum naik cruise , bergambar dulu ramai-ramai !


tak dapat perfect shot sebab ramai berpusu-pusu masa dekat dengan Masjid Kristal :(

gambar acah-acah mengamati permandangan harus ada

bila patah balik baru dapat yeay
Lepas naik cruise , kami terus makan tengah hari dekat dengan kawasan cruise ni juga . Makanannya boleh tahan (biasalah utk rombongan sekolah) . Tapi tempat untuk makan tu terhad sikit . Terpaksa berhimpit-himpit + dengan pelancong lain lagi . Takpelah , nama pun ikut rombongan . Benda macam ni memang boleh expect dari awal . Kemudian , kami singgah kat Masjid Kristal untuk solat . Ramai sangat orang , nasib baik bawa telekung sendiri . Cuma part lambatnya masa ambil wudhuk je la . Tambah lagi dengan pelancong yang saja datang melawat masjid ni . Anyway masjid ni cantik sangat , perkarangan masjid pun lawa untuk bergambar . Namun tak sempat sebab nak solat lepastu nak pergi Muzium Terengganu pulak . Selesai solat , kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya . 
saja melayankan budak junior ni haaa

tak banyak gambar tangkap :( Seronok bebenor meng'explore' muzium ni

Disebabkan muzium tu terlalu besar , kami tak sempat explore semua dalam masa satu jam setengah . Sebabnya selepas ni kami akan pergi ke kilang batik , Noor Alfa Batik . Dalam perjalanan kami ke sana , hujan pulak turun . Lebat juga hujan haritu . Masa sampai , hujan tak berhenti lagi . Sempat la juga tengok cara pembuatan batik . Terlupa nak tangkap gambar , teruja agaknya hahaha lagipun hari hujan . Kat situ jugak boleh beli cenderamata . Aku beli keychain je untuk adik-beradik aku . Kawan-kawan lain banyak beli kain batik la , baju la , teringin nak beli tapi kewangan tak mengizinkan TT . Dah selesai , kami cakap kat ustaz nak pergi pantai . Hari pun dah mendung , hujan dah berhenti , mesti permandangan laut cantikkan . Maka , ustaz pun bersetuju . Hahahhh ustaz is the BEST . 


gagah jugak bukak kasut nak main dengan air punya pasal

kami kanak-kanak riang :)

Kemudian , hari pun mula gelap . Dengan pakaian yang sedikit basah akibat ombak besar yang datang secara tiba-tiba , terpaksa la kami naik bas dengan keadaan sebegini . Dah la dalam bas tu sejuk , sampai ke tulang menggigilnya , dengan kotor pasirnya . Kami singgah ke masjid untuk solat Maghrib . Kat situ , proses nak bersihkan pasir dari seluar pun terjadi hahaha . Lepas solat Maghrib , ustaz bawa kami untuk makan , kami makan dekat tengah-tengah pekan , ada satu taman tu tak ingat nama (maaf ><) Hahahaha kebetulan ada macam funfair kat situ , jual-jualan pun ada . Jadi , ustaz bagi masa sampai pukul 9 lebih untuk jalan-jalan , shopping dan main funfair . Aku naik roller-coaster je , versi budak hahahaha . Tak tangkap gambar sebab dah penat sangat masa tu . Balik je homestay , terus terlentang hahah tak sempat nak mandi dan tukar baju langsung . Tidur macam tu sampai ke hari esok . Yang lain still stay up , bergosip cam biasa hahahah . 
To be continued ... soon :) haha