DIET ???

sis memang insecure gila dgn dik wonyoung ni TT kecik-kecik dah lawa
Assalamualaikum :)
Mari aku nak cerita sikit apa yg aku buat waktu menganggur ni sementara menunggu keputusan SPM yang tinggal lagi 3 minggu 3 hari ni . Boleh dikatakan setiap hari memang buat rutin yang sama . Bangun solat Subuh kemudian sambung tidur balik sampai pukul 10 . Makan breakfast macam biasa , kadang-kadang ibu dah siap buat , kadang-kadang kena eksperimen sendiri dgn bahan yg ada kat dapur . Ada kalanya ayah beli breakfast kat luar . Sambil breakfast tu tengok youtube sampai pukul 12 . Pukul 12 pulak start buat kerja suri rumah , lap pinggan , bagi clear dapur , sapu sampah dan memang setiap weekdays akan masak >< Nak buat camne dah ada dua adik yang akan balik sekolah cari makanan satgi . Habis masak tu , relaks dan bersantai sampai la waktu nak tidur . Ahhh kedengaran sangat bosan tapi itulah realiti benda aku buat hari-hari . Aku serius dah tak boleh tahan bosannya . Ini menunjukkan aku bukan seorang yang boleh survive duduk rumah saje . Even waktu sekolah dulu aku suka sangat duduk rumah , cuti dua minggu pun kalau boleh memang hari-hari nak duduk rumah . Tapi setelah 2 bulan lebih merasai bagaimana duduk rumah saje , aku ubah fikiran yang aku memang bukan jenis yang boleh duduk rumah HAHAH . Semoga hari mendapat keputusan SPM tu berjalan dengan pantas , boleh aku keluar rumah jumpa dan lepak dengan kawan-kawan . Dah tak larat nak duduk rumah dah (boleh pulak tak larat)
Dua minggu lepas , aku buat keputusan nak diet . SEBAB ? sebabnya memang aku sejak azali lagi memang gemuk dan tak pernah merasai apa ertinya kurus tu . KENAPA BARU SEKARANG ? hah korang mana pernah rasa memang dari kecik memang sejenis yang makan banyak , tiba-tiba nak makan sikit pulak . Perit jugak bunyinya . Pernah jugak cuba sebelum ni nak diet , tapi akhirnya gagal sebab tak dapat nak kawal nafsu . (lawak betul bunyinya) Paling lama aku pernah diet ialah selama 3 bulan . Dengan masa 3 bulan tu aku turun 5 kg . Serius masa tu tak sangka boleh turun sebanyak tu . Tapi malangnya naik balik , 2 kali ganda pulak tu . Alahaiii . 
Ceritanya macam ni , one day aku pergi sekolah nak tengok budak-budak junior training bola jaring . Lepas tu cikgu tegur yang aku dah nampak berisi sikit . Masa tu aku buat tak tau lagi . Balik rumah pulak , ayah pun cakap macam tu , sekali lagi aku buat tak endah . Balik kampung pun makcik aku cakap benda sama . Lepas tu aku beli baju baru , saiz yang biasa aku pakai , XL . Aku tak try dulu sebab aku memang tahu kalau XL mesti muat dengan aku . Dah beli , balik rumah aku try la , muat juga tapi ... dia lekap kat badan . Dari situ aku nampak yang aku mesti buat sesuatu untuk badan aku . Aku pun cuba timbang berat badan aku , keputusannya memang sampai terbeliak mata aku . Sebenarnya memang aku dah berhajat nak kuruskan badan lepas habis SPM , tapi itulah baru sekarang jumpa masa yang sesuai . 
Dalam masa dua minggu ni , aku fokus beberapa benda je dulu . Yang pertama , tak minum minuman manis dan bergula . Kedua , makan nasi/hidangan berat sehari sekali . Ketiga , kurangkan portion nasi dan makanan . Keempat , kurangkan makanan bergoreng . Kelima , minum air kosong 3 liter sehari . Alhamdulillah most of the days in this two weeks , I followed almost all . Kenapa aku buat macam ni ? berdasarkan pengalaman diet aku yang dulu , aku tak boleh konsisten sebab terus mulakan diet yang extreme . Jadi keinginan /craving aku naik mendadak . Sebab tu la diet aku gagal . Jadi untuk diet kali ni , aku cuba buat pelan-pelan untuk bagi badan aku terbiasa dengan rutin macam ni , baru aku buat step yang kedua yang lebih strict . 
Ada apa perubahan ? Perubahan dari segi gaya hidup , perut aku boleh terima untuk tak makan waktu malam berbanding sebelum ni , malam je mesti rasa nak makan jugak walaupun tak perlu . Kemudian , aku tak rasa craving pun nak minum manis (even ada cheat sikit) atau makan junk food . Aku makan waktu yang perlu aku makan je , takde dah masuk dapur je mesti nak mengunyah . Kalau pada fizikal pula , aku rasa pipi aku dah mula kecil sikit , sekali lagi SIKIT YE . Benda ni buat aku gembira sangat , walaupun sikit tapi dia tingkatkan motivasi aku untuk teruskan diet ni . 
Semoga aku terus istiqomah dan konsisten untuk diet la ye , sebab aku rasa inilah masanya untuk aku kurus , dah taknak dah gagal lagi . Memang perit sangat bila gagal , nanti berat badan mesti naik lagi . Sekarang punya berat badan pun dah agak kritikal , takkan nak biarkan je . Aku akan update lagi bila diet aku dah sampai sebulan ye . Kita sama-sama tengok perubahan pada aku . Insyaallah . FIGHTING AQEELA YOU CAN DO IT DONGIBAP !!!

No comments:

Post a Comment