The Things I Just Knew When Sitting For SPM

Assalamualaikum :)
Harini aku nak cerita sikit perkara-perkara simple yang sebelum ni aku tak tahu masa duduki SPM baru-baru ni . Aku pada mulanya jakun juga sebab first time kan . Hahahh pada adik-adik yang tak nak jakun sangat masa nak ambil SPM nanti , teruskan membaca entri ini ^^
1. BUKU JAWAPAN
Masa hari pertama masuk dewan , exam haritu merupakan Bahasa Melayu Kertas 1 yang fokus pada karangan . Jadi , bila aku sampai dekat meja aku , ada satu buku warna seakan-akan coklat atas meja . Bila dah duduk , curious la sikit sebab tak pernah tengok . Aku selak senyap-senyap buku tu tengok dalam ada apa , rupanya helaian testpad je hahahah . Untuk kertas yang perlu buat karangan atau pun jawapannya kena tulis dalam testpad (macam BM Kertas 2) , mereka akan sediakan buku jawapan . Kat muka surat depan buku tu , ada ruang utk tulis nama , no. IC , angka giliran & kod kertas bagi subjek yang kita duduki tu .  Bagi yang kertas yang kena guna testpad sikit-sikit je , mereka bagi helaian tambahan . Bendanya sama je , testpad macam dalam buku jawapan tu tapi dia bagi 2-3 helai je . Kalau tak cukup boleh mintak lagi , jangan risau . Tapi , kita sebenarnya tak boleh bawak balik helaian tambahan , walaupun kita tak guna lagi atau sudah berconteng . Conteng tak conteng memang kena pulang balik . Takut dikhuatiri akan ada orang yang panjang akal , digunanya utk bawak balik masuk dewan untuk meniru (mungkin dia salin nota dalam tu , esok senyap2 bawa dan tiru) .

2. JANGAN DUDUK SEBELUM DIBERITAHU
Semasa aku masuk dalam dewan peperiksaan , aku terus duduk kat kerusi aku . Walaupun ada orang lain yang masih belum sampai kat tempat mereka . Bukan aku seorang je , yang lain pun sama . Biasalah kan , hari pertama tak tahu apa . Lepastu , ketua pengawas peperiksaan kata , Semua calon dikehendaki berdiri dahulu setelah masuk ke dalam dewan" . Semua kelam kabut bangun hahahaha . Pengawas akan cakap sikit-sikit , suruh kita check ada tak bawak barang terlarang . Selesai , baru diizinkan untuk duduk . Tapi itulah , walaupun perkara ni nampak simple , perkara macam ni latih diri kita untuk lebih jaga adab dan kelakuan . Lagi-lagi sewaktu peperiksaan awam .

3. CERAIKAN SOALAN 
Perkara ni paling best waktu SPM . Sebab sebelum ni tak pernah buat pun . Ceraikan soalan ni bermaksud contohnya macam Sejarah Kertas 2 , kan ada dua bahagian , satu bahagian jawapannya ditulis dalam kertas soalan (soalan struktur) dan bahagian lain kena tulis dalam helaian tambahan . Jadi , soalan bagi bahagian kedua tu kita boleh bawak balik . Kertas tu dah sediakan satu garisan(?) (macam tisu tandas gulung tu) untuk kita koyakkan . Jakun jugak la sebab masa kita koyakkan tu , ada bunyi yang oddly satisfying . Serius excited je bila tiba masa untuk ceraikan setiap helaian soalan tu . BONUS ! Untuk calon Biologi Kertas 3 tahun 2018 , mereka sediakan pembaris kertas ! Kaedah dia sama jugak kena ceraikan , lepastu guna lah macam pembaris biasa . Yang ini semua memang jakun sikit . Mana pernah disediakan pembaris kertas macam tu .

4. CALON KHAS BOLEH MINTA MASA LEBIH
Perkara ni terjadi pada classmate aku , sebab dia ada sakit saraf . Jadi dia diasingkan dari kami , menjawab dalam bilik khas (dekat sekolah kami , bilik tu sebelah dewan je) . Rasanya setiap kali dia tak dapat jawab ikut masa yang ditetapkan , dia minta masa lebih 10 minit macam tu . Kelebihan bagi dia . Tapi yang kurangnya , dia ada sikit je masa break untuk kertas seterusnya . Larat betul dia duduk lama-lama dalam bilik tu sorang-sorang hahahah .

5. HELAIAN TAMBAHAN DAN BUKU JAWAPAN DIIKAT 
Rasanya perkara ni biasa la kot sebab masa UPSR dulu ada buat juga , masa percubaan pun akan praktikkan cara ni . Macam biasa , pengawas akan edarkan tali pada setiap calon kemudian bila dah selesai menjawab , ikat mati kertas-kertas yang dah disusun mengikut nombor soalan tu (kertas tu dah ditebuk) . Kadang-kadang bergetar jugak tangan bila nak ikat kalau kita baru selesai menjawab last minute . Takpe , pengawas tu akan tunggu . (Pengawas aku dulu siap cakap ,"relaks , relaks bertenang") Hahahahah .

Ok rasanya ini je la yang aku dapat kongsikan . Harap kurang la sikit perasaan jakun korang semua nanti bila ambil SPM . Tak salah rasa jakun tu sebab kita tak pernah lalui perkara tu sebelum ni , first time kan . Buat calon-calon SPM tahun 2019 dan ke atas , good luck ! Buat yang terbaik , jangan bincang jawapan lepas habis menjawab, lupakan silap yang dilakukan dan tenangkan fikiran setiap kali nak masuk dewan . Fighting , you can do it !
Checklist SPM :
  • Bawa IC /Kad Pengenalan Sendiri Setiap Kali Masuk Dewan . Kalau tertinggal , cepat-cepat jumpa Setiausaha SPM sekolah anda atau guru bertugas SPM 
  • Bawa juga slip peperiksaan , kat situ ada jadual peperiksaan (mesti peka , start pukul berapa , habis pukul berapa)
  • Bawa alat tulis yang bersesuaian . Jangan time essay kau bawak kalkulator pulak . Jangan bawak banyak sangat masuk dewan , nanti serabut dan semak
  • Sarapan dahulu waktu pagi supaya rasa bersemangat sikit nak jawab exam . Nak elakkan sakit perut atau tiba-tiba sakit nanti . 
  • JANGAN SESEKALI MENIRU . Sebab kesan dia akan merugikan masa awak dan memberi kesan pada masa depan awak . 

No comments:

Post a Comment